Wednesday, April 05, 2006

tEnSiOn............

hanya tinggal beberapa hari lagi nak exam.
tapi saya belum study maut lagi ni..
tensionnyaaaaaaaaaaaa.........

tapi nak buat macam mana kannn
kalau tak tension, tak banyak keja, tak cukup masa nak buat keja bukan student namanya....
betulkannnnnn.....

apa yang boleh saya cadangkan kepada semua ialah buatlah yang terbaik dan jangan buat keja last minute...
pasti dan saya pecaya tak tension tahap cipannnnnnnnnn.

oklah ...
GOOD LUCK untuk SEMUA...

Sunday, April 02, 2006

ICT & RMK-9

RMK-9 penting kepada pembangunan ICT Malaysia
Penggunaan ICT semakin penting dalam RMK-9 kerana penekanan kini diberikan kepada aspek bioinformatik, perdagangan elektronik, kandungan digital

PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia (Pikom) yakin industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia akan berkembang dua kali ganda sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), berdasarkan kepentingannya sebagai pengupaya bagi sektor utama negara seperti pengilangan, perkhidmatan dan pertanian.

Pengarah Urusan, Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd, TF Chong, berkata RMK-9 membuktikan visi dan wawasan kerajaan untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT dikalangan pelbagai segmen dalam masyarakat dan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

“RMK-9 adalah pelan tindakan yang penting bagi memacu negara meningkat maju, terutamanya membentuk masyarakat berpengetahuan dan industri berpengetahuan di Malaysia,” katanya.

Berdasarkan kepada pembentangan RMK-9 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernyataan beliau jelas apabila bidang ICT perlu ditingkatkan serta memberi ruang kepada segenap lapisan masyarakt untuk bangkit seiring dengan kemajuan teknologi yang dikecapi Malaysia kini.

Kita boleh berbangga kerana Malaysia merupakan negara yang terbaik yang mempunyai tahap teknologi yang cemerlang berbanding dengan negara membangun yang lain.

Tidak hanya memberi pengetahuan semata malah, bidang ICT ini adalah sebagai satu landasan untuk kita mengecapi kejayaan dalam membangunkan masyarakat yang madani serta mencapai Dasar WAWASAN 2020 yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri yang lepas iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Secara ringkasnya, kita boleh menyatakan bahawa perjalanan teknologi yang kita nikmati hari ini semakin berkembang pesat dan menghadapi pelbagai cabaran di dalam memastikan kita tidak ketinggalan jauh dengan negara maju di dunia ini.

NaK TrY LaGi, TaK JaDiLaH TaDi..............................

Video: ayuheaven-1.wmv
by karoct86

Video: ayuheaven-1.wmv
by karoct86

NaK cUbA MaSuK ViDeO LaGi..............................

Audio: Peterpan - Yang Terdalam
by skmasQ8r
Audio: Peterpan - Yang Terdalam
by skmasQ8r

Video: David Bowie - Modern Love
by rogerg2
Video: David Bowie - Modern Love
by rogerg2

saya nak try masuk video ni...........

Saturday, April 01, 2006

ISU DAN TREND MULTIMEDIA

Melihat kepada perkembangan teknologi sekarang ini kita tidak boleh menafikan kepentingan serta keperluan teknologi ini di dalam kehidupan kita.

Walaubagaimanapun, perkembangan era teknologi dan telekomunikasi ini telah memberi pelbagai kesan positif serta negatif kepada kita secara tidak langsungnya.

Antaranya ialah isu cetak rompak, isu pornografi, literasi maklumat serta jurang digital antara penduduk bandar dengan penduduk di luar bandar.

Terdapat beberapa faktor serta punca keadaan ini berlaku. Antaranya ialah kurangnya perancangan yang telus serta teliti di dalam menjalankan setiap dasar kerajaan, kurangnya sokongan infrastruktur serta sikap masyarakat sendiri.

Melihat kepada kejadian ini, kita tidak boleh memandang kesan negatif semata. Terdapat beberapa kesan baik serta positif yang diberikan oleh teknologi ini di dalam kehidupan manusia.
Contohnya pembangunan MSC oleh kerajaan Malaysia sekitar tahun 1997 adalah landasan yang terbaik yang menjadikan negara Malaysia negara yang mempunyai perkembangan teknologi yang amat memberansangkan.

Antara 7 aplikasi perdana MSC ini ialah seperti kerajaan eletronik, teleperubatan, sekolah bestari, kad pintar pelbagai guna, pembangunan R & D, perdagangan tanpa semapadan serta e-dagang.