Sunday, April 02, 2006

ICT & RMK-9

RMK-9 penting kepada pembangunan ICT Malaysia
Penggunaan ICT semakin penting dalam RMK-9 kerana penekanan kini diberikan kepada aspek bioinformatik, perdagangan elektronik, kandungan digital

PERSATUAN Industri Komputer dan Multimedia (Pikom) yakin industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Malaysia akan berkembang dua kali ganda sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), berdasarkan kepentingannya sebagai pengupaya bagi sektor utama negara seperti pengilangan, perkhidmatan dan pertanian.

Pengarah Urusan, Hewlett-Packard (M) Sdn Bhd, TF Chong, berkata RMK-9 membuktikan visi dan wawasan kerajaan untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT dikalangan pelbagai segmen dalam masyarakat dan dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

“RMK-9 adalah pelan tindakan yang penting bagi memacu negara meningkat maju, terutamanya membentuk masyarakat berpengetahuan dan industri berpengetahuan di Malaysia,” katanya.

Berdasarkan kepada pembentangan RMK-9 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pernyataan beliau jelas apabila bidang ICT perlu ditingkatkan serta memberi ruang kepada segenap lapisan masyarakt untuk bangkit seiring dengan kemajuan teknologi yang dikecapi Malaysia kini.

Kita boleh berbangga kerana Malaysia merupakan negara yang terbaik yang mempunyai tahap teknologi yang cemerlang berbanding dengan negara membangun yang lain.

Tidak hanya memberi pengetahuan semata malah, bidang ICT ini adalah sebagai satu landasan untuk kita mengecapi kejayaan dalam membangunkan masyarakat yang madani serta mencapai Dasar WAWASAN 2020 yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri yang lepas iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Secara ringkasnya, kita boleh menyatakan bahawa perjalanan teknologi yang kita nikmati hari ini semakin berkembang pesat dan menghadapi pelbagai cabaran di dalam memastikan kita tidak ketinggalan jauh dengan negara maju di dunia ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home