Saturday, April 01, 2006

ISU DAN TREND MULTIMEDIA

Melihat kepada perkembangan teknologi sekarang ini kita tidak boleh menafikan kepentingan serta keperluan teknologi ini di dalam kehidupan kita.

Walaubagaimanapun, perkembangan era teknologi dan telekomunikasi ini telah memberi pelbagai kesan positif serta negatif kepada kita secara tidak langsungnya.

Antaranya ialah isu cetak rompak, isu pornografi, literasi maklumat serta jurang digital antara penduduk bandar dengan penduduk di luar bandar.

Terdapat beberapa faktor serta punca keadaan ini berlaku. Antaranya ialah kurangnya perancangan yang telus serta teliti di dalam menjalankan setiap dasar kerajaan, kurangnya sokongan infrastruktur serta sikap masyarakat sendiri.

Melihat kepada kejadian ini, kita tidak boleh memandang kesan negatif semata. Terdapat beberapa kesan baik serta positif yang diberikan oleh teknologi ini di dalam kehidupan manusia.
Contohnya pembangunan MSC oleh kerajaan Malaysia sekitar tahun 1997 adalah landasan yang terbaik yang menjadikan negara Malaysia negara yang mempunyai perkembangan teknologi yang amat memberansangkan.

Antara 7 aplikasi perdana MSC ini ialah seperti kerajaan eletronik, teleperubatan, sekolah bestari, kad pintar pelbagai guna, pembangunan R & D, perdagangan tanpa semapadan serta e-dagang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home