cUtI.................
cuti lama dah.
walaupun berkali-kali sudah cuti semester cuti semester kali ini merupakan pengalaman yang baru saya alami.
secara dasarny bukan mudah untuk mendapat kepercayaan ayah saya untuk mencari pekerjaan sempena cuti semester. Dan kali ini merupakan tuah saya apabila ayah setuju untuk membenarkan saya pergi ke JOHOR BAHRU.
Alkisahnya saya pun pergi interview ke kilang tempat untuk membuat printer. Selepas dua hari diberi taklimat barulah kami dimasukkan ke production untuk membuat kerja.
Alkisahnya saya pula kena terpilih untuk menjadi assistant bagi engineer project untuk membuat laporan. Heh mimpi apa saya kan........
Pada asanya saya hanya ingin menjadi operator sahaja tetapi kerana kawan saya, saya kemudiannya merasa pengalaman bagaimana seseorang itu apabila membuat kerja kelak. Sekarang ini seolah-olah saya pratikal. Nak share cerita bagaimana kita perlu mengadaptasikan diri untuk memajukan diri sendiri. Memang ilmu itu penting tetapi sesuatu yang baru saya perolehi ialah apa yang kita belajar di bilik kuliah tidak sama dengan apa yang perlu kita buat nanti.
Satu bonus untuk saya, saya nampak dengan jelas sekarang ilmu yang saya perolehi di bilik kuliah tidak akan sama dengan apa yang kita akan pelajari. Jadi yang penting ialah bagaimana kita mengaplikasikan dalam pekerjaan yang akan kita buat kelak.
Kalau di kuliah, kita masih boleh menangguhkan assigment tetapi kalau sudah di dalam organisasi kita akan terus menghadap komputer andai kerja kita masih belum selesai. JADI.......
tidak susah untuk menjadi seperti orang lain kerana semua orang turut merasakan perkara yang sama, yang penting boleh menerima teguran, bersifat positif serta boleh menerima pandangan orang lain.........
macam ,mana ???????????
0 Comments:
Post a Comment
<< Home