gAwAi DaYaK cElEbRaTiOn..................
ishk....ishk....... sedihnya
gawai tahun ini saya tidak dapat merayakannya di kampung dan yang lebih memilukan lagi saya saya tidak meraikannya bersama keluarga saya.
antara dua pilihan saya perlu memilih satu diantaranya....
kalau boleh saya tidak ingin kehilangan keduanya..
balik untuk bersama keluarga ataupun kekal di JB untuk menghabiskan masa cuti semester.
Walaubagaimanapun saya akhirnya stay di JB sahaja sepanjang cuti semester ini dan akan merayakannya disini.Hal ini keranaa setelah merayakan GAWAI DAYAK saya tidak akan melakukan apa-apa pekerjaan lagi maksudny keadaanya kekal sama sepertimana empat semester sebelumnya.
Bukan bermaksud saya tidak ingin balik ke kampung tetapi apabila memikirkan masa saya hanyalah duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa jadi lebih baik saya menghabiskan masa cuti semester saya dengan terus bekerja di sini. Bukan semata utuk mencari duit tetapi apa yang lebih penting pengalaman serta pengetahuan saya yang sedekit ini boleh memberi makna kepada kehidupan saya yang akan datang.
Jadi.... GAWAI tahun ini akan tetap saya rayakan bersama saudara, adik saya serta rakan taulan yang ada disini.Harapan saya semoga sinar baru menerangi hidup saya serta membawa perubahan yang baru di dalam hidup saya.
Sesungguhnya perjalanan saya ke JB ini telah mengubah sedikit sebanyak tentang persepsi saya terhadap kehidupan ini.....kerana saya mula sedar kekecewaan serta kegagalan yang pernah ditempuhi di dalam hidup ini boleh menjadi pendorong serta kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan ini. Perkara utama jangan menyesali kegagalan serta kekecewaan kerana ia akan memberi pengalaman yang cukup berharga di dalam kehidupan kita yang belum tahu penghujungjya ini..
SeKiAn...........................................
0 Comments:
Post a Comment
<< Home