Thursday, June 15, 2006

tEnTaNg HiDuP................

hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseeorang yang sangat beerti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

tertarik dengan kata-kata ini ia seolah-olah menyedarkan saya akan setiap apa yang pernah berlaku dan terjadi di sepanjang kehidupan ini.memang menyedihkan,memilukan serta memalukan apabila apa yang diharap serta diimpikan selama ini tidak seperti apa yang diinginkan terjadi dan memang benar manusia akan hanya menghargai apa miliknya apabila ia menyedari ia telah kehilangan sesuatu yang dicarinya selama ini...

memang sukar serta susah untuk mempercayainya,bohonglah andai ada yang mengatakan bahawa dia tidak sedih, tidak berduka tetapi sebaliknya gembira apabila kehilangan sesuatu yang dicari serta diimpikannya.

hingga kita tertanya mengapa???????
apakah ianya pembalasan untuk setiap perbuatan yang kita lakukan di masa lampau, hukum karma yang tidak akan memberitahu bilakah kita akan menerima pembalasan yang sepatutnya untuk semua kesilapan yang pernah kita lakukan ....

benar TUHAN itu maha adil kerana putaran kehidupan ini ibarat roda...orang yang berjaya masa sekarang tidak ada yang tidak pernah gagal...tidak ada yang tidak pernah kecewa tidak ada yang tidak pernah terluka...

apa yang boleh saya katakan berani lah untuk menerima kenyataan serta kegagalan dalam hidup, akui kesalahan dan belajar lah untuk memperbaiki kesilapan kerana manusi ayang paling hebat adalah manusia yang mengakui kesalahan dirinya, boleh menerima kegagalan dan berusaha untuk memperbaiki kesilapannya kerana hidup memang begitu...., kerana kegagalan kita belajar untuk mendapatkan kejayaan......, kerana kekecewaan akan mengajar kita untuk menghargai kabahagiaan...., kerana kita adalah diri kita sendiri yang tidak mungkin akan menjadi orang lain....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home