Thursday, January 19, 2006



gambar ini di ambil pada Jun 2004 yang lepas . pada ketika itu saya dan keluarga saya keluar ke pekan untuk menyediakan persiapan bagi menyambut tahun baru orang Iban iaitu Hari Gawai Dayak.

Pekan Kapit adalah pekan yang berhampiran dengan kampung saya yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan jika menggunakan perahu dan 4 jam perjalanan jika menggunakan bot ekspress yang merupakan pengankutan yang utama di kampung saya.

Apa yang boleh saya nyatakan disini ialah, betapa saya suka akan kampung dan persekitaran tempat tinggal saya. Suasana yang tenang dan damai senantiasa menggamit kenangan dan kerinduan untuk pulang ke kampung sanantiasa. Saya berharap suatu hari nanti kampung saya akan menjadi salah satu destinasi pelancong yang ingin melancong ke Sarawak. Sekianlah dahulu buat kali ini. Lain hari saya akan bercerita lagi tentang kampung saya yang diberi nama Kampung Antawau lagenda sejarah nenek moyang kaum Iban iaitu Panglima Keling dan Ratu Kumang.

Friday, January 13, 2006

kita dan teknologi

perkembangan pesat dunia teknologi memberikan anjakan baru dalam setiap lapangan hidup kita.dari sekecil-kecilnya bahan ciptaan manusia sehinggalah kepada sebesar-besarnya bahan ciptaan tersebut semuanya secara kita tidak sedar telah memberikan kita satu dimensi kehidupannya berbeza dengan apa yang dilalui oleh moyang kita dahulu kita.

saya masih ingat lagi kali pertama saya memegang telefon bimbit adalah ketika pertama kali saya melangkah kaki ke menara gading. walaupun telefon bimbit muncul beberapa abad yang lampau tetapi saya hanya tahu menggunakannya pada masa manusia sudah sampai ke penggunaan teknologi yang tidak pernah dijangkakan.walaupun malu tetapi sedikit demi sedikit saya cuba belajar dan mengintepretasikan penggunaan telefon bimbit ke tahap yang maksimum.

Tidak hanya telefon bimbit, banyak perkara baru yang bagi saya adalah yang lapuk bagi sesetengah individu lain seperti penggunaan komputer, kamera digital serta banyak lagi.apa yang ingin saya perkatakan ini adalah tentang penggunaan teknologi. Betapa teknologi itu amat memainkan peranan yang cukup besar bagi manusia sepenuhnya. Walaubegitu memang tidak boleh kita nafikan kalau tanpa teknologi kita mungkin akan menghadapi kesukaran yang sama seperti apa yang berlaku pada zaman nenek moyang kita dulu.

ini hanya sebahagian daripada apa yang pernah saya lalui. Mungkin penulisan ini tidak berapa baik jadi saya bersedia memberi peluang setiap individu untuk memberi pendapat masing-masing. Sekian.