kEgAgAlAn DaN KeHiDuPaN.................................
tatkala hati dilanda kecewa tiada apa yang mampu untuk menjadi penawarnya,
hati menangis,sedih, terluka serta pilu semuanya bertamu di jiwa.
sukarnya untuk memperjelaskannya....
mengapa mesti kecewa? mengapa mesti terluka ? mengapa mesti menangis saat hilang insan yang tercinta....dan apa perlunya bercinta andai semuanya hanya sekadar mengecewakan orang lain, membuatkan orang lain terluka...mengharapkan sesutau yang mampu untuk memberi erti di dalam hidupnya..
usahlah sedih kerana pernah dinyatakan begitu...disaat kita bertemu seseorang yang kita cari selama ini disaat itu jugalah kita akan diuji dengan pelbagai ujian, halangan serta menyatakan pengorbanan..dan kejayaan yang pasti hanyalah bagi mereka yang mampu untuk mengharungi semua cubaan itu?persoalannya mampu kah kita untuk menempuhi semuanya itu ??
tapi hidup memang begitu?? apa yang pernah dikatakan oleh seorang kawan itu amat benar...belajarlah untuk menerima kekalahan kerana mungkin kekalahan itu akan mengajar kita untuk menjadi seseorang yang dewasa serta penuh kematangan...kekalahan yang kita hadapi itu mungkin daripada kekalahan kita sendiri, tidak mampu untuk menguruskan semua permasalahan yang wujud...
jangan biarkan perasaan kita melangkaui akal fikiran tetapi biarlah akal fikiran kita menguasai perasaan kita........
kataku jangan terlalu membiarkan kekecewaan itu terus menyelubungi setiap detik kehidupan, biarkanlah ia berlalu dan pergi andai ia datang hari ini dan jangan mengharapkan ia datang kembali andai ia masih bertandang pada esok hari....
kerana masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan dan kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika kita tidak dapat melupakan kegagalan serta sakit hati di masa lalu....
bersyukurlah dan belajarlah untuk menerima hakikat kegagalan kerana kegagalan itu akan mengajar serta membentuk jati diri kita yang dan berani untuk menghadapi hari esok yang bakal mendatang..........
jadi pesanku jangan biarkan kekecewaan itu membunuh hati dan fikiranmu kerana sekali kau melupakannya kau sebenarnya telah membentuk satu kejayaan baru untuk maju lebih dekat lagi agar kau berani mencapai mimpimu.ingat tanpa keberanian mimpi takkan bermakna.................
0 Comments:
Post a Comment
<< Home