Wednesday, June 21, 2006

aLkIsAH............................

kalau cita erra dan yusry punya cita tentang angka 3, kisah saya pun ada citanye tersendiri...

nak dijadikan cita mula-mulanya kami keluar kerana nak menukar tiket penerbangan saya kerana ada masalah tentang jadual penerbangan saya, setelah selesai semuanya jadi kami pun makan dan keluar seperti pasangan lainnya...

yang uniknya dia beli selipar...

dipendekkan cerita saat kami break pun saat saya nak membeli tiket ke jb...
uniknya sekali lagi dia beli selipar...

kisahnya tiket dan selipar...menyebabkan saya terfikir beribu kali nak membeli tiket dan jua selipar....

takyah lah saya cita semuanya tentang dia tetapi dia tetap istimewa di hati saya kerana dialah lelaki yang saya cari selama ini...kerana betullah kata-kata pujangga yang mengatakan " ...yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat beerti dan mendapati pada akhirnya tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi..."

sekian......

Saturday, June 17, 2006

kEgAgAlAn DaN KeHiDuPaN.................................

tatkala hati dilanda kecewa tiada apa yang mampu untuk menjadi penawarnya,
hati menangis,sedih, terluka serta pilu semuanya bertamu di jiwa.
sukarnya untuk memperjelaskannya....

mengapa mesti kecewa? mengapa mesti terluka ? mengapa mesti menangis saat hilang insan yang tercinta....dan apa perlunya bercinta andai semuanya hanya sekadar mengecewakan orang lain, membuatkan orang lain terluka...mengharapkan sesutau yang mampu untuk memberi erti di dalam hidupnya..

usahlah sedih kerana pernah dinyatakan begitu...disaat kita bertemu seseorang yang kita cari selama ini disaat itu jugalah kita akan diuji dengan pelbagai ujian, halangan serta menyatakan pengorbanan..dan kejayaan yang pasti hanyalah bagi mereka yang mampu untuk mengharungi semua cubaan itu?persoalannya mampu kah kita untuk menempuhi semuanya itu ??

tapi hidup memang begitu?? apa yang pernah dikatakan oleh seorang kawan itu amat benar...belajarlah untuk menerima kekalahan kerana mungkin kekalahan itu akan mengajar kita untuk menjadi seseorang yang dewasa serta penuh kematangan...kekalahan yang kita hadapi itu mungkin daripada kekalahan kita sendiri, tidak mampu untuk menguruskan semua permasalahan yang wujud...

jangan biarkan perasaan kita melangkaui akal fikiran tetapi biarlah akal fikiran kita menguasai perasaan kita........

kataku jangan terlalu membiarkan kekecewaan itu terus menyelubungi setiap detik kehidupan, biarkanlah ia berlalu dan pergi andai ia datang hari ini dan jangan mengharapkan ia datang kembali andai ia masih bertandang pada esok hari....

kerana masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan dan kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika kita tidak dapat melupakan kegagalan serta sakit hati di masa lalu....

bersyukurlah dan belajarlah untuk menerima hakikat kegagalan kerana kegagalan itu akan mengajar serta membentuk jati diri kita yang dan berani untuk menghadapi hari esok yang bakal mendatang..........

jadi pesanku jangan biarkan kekecewaan itu membunuh hati dan fikiranmu kerana sekali kau melupakannya kau sebenarnya telah membentuk satu kejayaan baru untuk maju lebih dekat lagi agar kau berani mencapai mimpimu.ingat tanpa keberanian mimpi takkan bermakna.................

Thursday, June 15, 2006

tEnTaNg HiDuP................

hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseeorang yang sangat beerti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.

tertarik dengan kata-kata ini ia seolah-olah menyedarkan saya akan setiap apa yang pernah berlaku dan terjadi di sepanjang kehidupan ini.memang menyedihkan,memilukan serta memalukan apabila apa yang diharap serta diimpikan selama ini tidak seperti apa yang diinginkan terjadi dan memang benar manusia akan hanya menghargai apa miliknya apabila ia menyedari ia telah kehilangan sesuatu yang dicarinya selama ini...

memang sukar serta susah untuk mempercayainya,bohonglah andai ada yang mengatakan bahawa dia tidak sedih, tidak berduka tetapi sebaliknya gembira apabila kehilangan sesuatu yang dicari serta diimpikannya.

hingga kita tertanya mengapa???????
apakah ianya pembalasan untuk setiap perbuatan yang kita lakukan di masa lampau, hukum karma yang tidak akan memberitahu bilakah kita akan menerima pembalasan yang sepatutnya untuk semua kesilapan yang pernah kita lakukan ....

benar TUHAN itu maha adil kerana putaran kehidupan ini ibarat roda...orang yang berjaya masa sekarang tidak ada yang tidak pernah gagal...tidak ada yang tidak pernah kecewa tidak ada yang tidak pernah terluka...

apa yang boleh saya katakan berani lah untuk menerima kenyataan serta kegagalan dalam hidup, akui kesalahan dan belajar lah untuk memperbaiki kesilapan kerana manusi ayang paling hebat adalah manusia yang mengakui kesalahan dirinya, boleh menerima kegagalan dan berusaha untuk memperbaiki kesilapannya kerana hidup memang begitu...., kerana kegagalan kita belajar untuk mendapatkan kejayaan......, kerana kekecewaan akan mengajar kita untuk menghargai kabahagiaan...., kerana kita adalah diri kita sendiri yang tidak mungkin akan menjadi orang lain....

Tuesday, June 13, 2006

sYuKuRi NiKmAt KeHiDuPaN........

banyak perkara yang berlaku di dunia ini yang tidak terjangkakan oleh fikiran manusia. Benar kita hanya mampun merancang tetapi TUHAN lah yang mengaturkan semuanya..

sesekali terdetik jua hati mengapa hidup harus begitu??? mengatakan ketidakadilan TUHAN di atas ketidakmampuan kita untuk menangani setiap persoalan yang membelenggu akal dan fikiran. disaat diri ditimpa kesusahan kita akan mengetahui betapa kerdil serta tidak mampunya kita untuk menolak kebesaran kuasa TUHAN meski kita sehebat mana sekalipun kerana kita selalu lupa kalau kita hanyalah manusia, manusia yang diberi kehidupan untuk merasai, mensyukuri serta menikmati keindahan serta kebaikan yang diberikan TUHAN. kita lupa andai hidup ini adalah pemberian TUHAN...

Banyak yang kita kesalkan. kita menyesali semua perkara yang pastinya tidak boleh diubah lagi..tetapi kita tidak pernah memikirkan kalau disebalik semua peristiwa yang berlaku itu kita akan tahu baik buruk, kekurangan serta kelebihannya kepada hidup kita...