Monday, May 29, 2006

WoRtH......

antara pepatah serta perucapan yang boleh menjadi tatapan............

-For everything there is a season and a time to every purpose under the heaven..

-Don't go the way life takes you take the life the way you go and remember you are born to live and not living because you are born.

-life beats down and crushes the soul and art reminds you that you have one..
( Stella Adler )

-a pessimist is one who make difficulties of his opportunities and an optimist is one who makes opportunities of his difficulties....Harry S. Truman

-never get into the petty habit of measuring your self-worth against other's people net worth..."every second you spend thinking about someone else's dream you take time away from your own"

-treat everyone with politeness, even those who are rude to you, not because they are not nice but because you are nice........



THINK OF THAT...........

gAwAi DaYaK cElEbRaTiOn..................

ishk....ishk....... sedihnya
gawai tahun ini saya tidak dapat merayakannya di kampung dan yang lebih memilukan lagi saya saya tidak meraikannya bersama keluarga saya.

antara dua pilihan saya perlu memilih satu diantaranya....
kalau boleh saya tidak ingin kehilangan keduanya..
balik untuk bersama keluarga ataupun kekal di JB untuk menghabiskan masa cuti semester.
Walaubagaimanapun saya akhirnya stay di JB sahaja sepanjang cuti semester ini dan akan merayakannya disini.Hal ini keranaa setelah merayakan GAWAI DAYAK saya tidak akan melakukan apa-apa pekerjaan lagi maksudny keadaanya kekal sama sepertimana empat semester sebelumnya.

Bukan bermaksud saya tidak ingin balik ke kampung tetapi apabila memikirkan masa saya hanyalah duduk sahaja tanpa berbuat apa-apa jadi lebih baik saya menghabiskan masa cuti semester saya dengan terus bekerja di sini. Bukan semata utuk mencari duit tetapi apa yang lebih penting pengalaman serta pengetahuan saya yang sedekit ini boleh memberi makna kepada kehidupan saya yang akan datang.

Jadi.... GAWAI tahun ini akan tetap saya rayakan bersama saudara, adik saya serta rakan taulan yang ada disini.Harapan saya semoga sinar baru menerangi hidup saya serta membawa perubahan yang baru di dalam hidup saya.

Sesungguhnya perjalanan saya ke JB ini telah mengubah sedikit sebanyak tentang persepsi saya terhadap kehidupan ini.....kerana saya mula sedar kekecewaan serta kegagalan yang pernah ditempuhi di dalam hidup ini boleh menjadi pendorong serta kekuatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan ini. Perkara utama jangan menyesali kegagalan serta kekecewaan kerana ia akan memberi pengalaman yang cukup berharga di dalam kehidupan kita yang belum tahu penghujungjya ini..

SeKiAn...........................................

Wednesday, May 24, 2006

cUtI.................

cuti lama dah.
walaupun berkali-kali sudah cuti semester cuti semester kali ini merupakan pengalaman yang baru saya alami.
secara dasarny bukan mudah untuk mendapat kepercayaan ayah saya untuk mencari pekerjaan sempena cuti semester. Dan kali ini merupakan tuah saya apabila ayah setuju untuk membenarkan saya pergi ke JOHOR BAHRU.

Alkisahnya saya pun pergi interview ke kilang tempat untuk membuat printer. Selepas dua hari diberi taklimat barulah kami dimasukkan ke production untuk membuat kerja.

Alkisahnya saya pula kena terpilih untuk menjadi assistant bagi engineer project untuk membuat laporan. Heh mimpi apa saya kan........

Pada asanya saya hanya ingin menjadi operator sahaja tetapi kerana kawan saya, saya kemudiannya merasa pengalaman bagaimana seseorang itu apabila membuat kerja kelak. Sekarang ini seolah-olah saya pratikal. Nak share cerita bagaimana kita perlu mengadaptasikan diri untuk memajukan diri sendiri. Memang ilmu itu penting tetapi sesuatu yang baru saya perolehi ialah apa yang kita belajar di bilik kuliah tidak sama dengan apa yang perlu kita buat nanti.

Satu bonus untuk saya, saya nampak dengan jelas sekarang ilmu yang saya perolehi di bilik kuliah tidak akan sama dengan apa yang kita akan pelajari. Jadi yang penting ialah bagaimana kita mengaplikasikan dalam pekerjaan yang akan kita buat kelak.

Kalau di kuliah, kita masih boleh menangguhkan assigment tetapi kalau sudah di dalam organisasi kita akan terus menghadap komputer andai kerja kita masih belum selesai. JADI.......
tidak susah untuk menjadi seperti orang lain kerana semua orang turut merasakan perkara yang sama, yang penting boleh menerima teguran, bersifat positif serta boleh menerima pandangan orang lain.........

macam ,mana ???????????

Thursday, May 18, 2006

alahai blogggggggggggg

first time nak guna dan buka blog ni saya tak akan lupa. betapa jahilnya kita menggunakan serta seterusnya mengaplikasikan teknologi terkini ini. belum lagi tentang bagaimana orang membuat perisian serta perkakasan teknologi tersebut.

jadi pengajarannya mudah,memang tidak dinafikan tanpa penggunaan teknologi kita masih boleh hidup kerana kita masih mengekalkan penggunaan tradisional di dalam kehidupan seharian.ialah kalau tak mahu susah beratur untuk mengambil duit kita boleh menggunakan mesin kad ATM untuk mengambil duit.tretapi sampai bila kita boleh melarikan diri kita daripada penggunaan teknologi ini.....

jadi apa nak dikata ialah apakah jadahnya penggunaan teknologi ini.selalunya ataupun kebiasaannya tiada pun kecacatan didalam mengunakan sebarang bentuk perisian ataupun perkakasan teknologi ini. silapnya ialah apabila kita mengubah penggunaannya serta faedahnya kepada perkara yang tidak sepatutnya.jadi ia dengan mudahnya melabelkan penggunaan teknologi ini sebagai suatu kesilapan.