Saturday, February 18, 2006
Thursday, February 16, 2006
pengalaman
Gambar ini di ambil semasa saya megikuti Kelab Kebudayaan Jepun membuat persembahan di Kolej Kediaman Bukit Kachi
Kami terdiri daripada lapan orang penari dan membuat persembahan tarian Jepun semasa majlis perasmian Kejohanan Taekwando Peringkat Universiti Semester 1 Sesi 2004/2005.
sesungguhnya, persembahan ini merupakan persembahan yang pertama dan saya rasa agak kelakar kerana saya tidak pernah membuat sebarang persembahan yang berbentuk kebudayaan apatah lagi menari.
Walaubagaimanapun berkat daripada ransangan serta tunjuk ajar daripada ahli kumpulan yang lain, kami mampu melakukan persembahan tarian Jepun dengan jayanya.
Tuesday, February 14, 2006
FRINDSHIP
Semasa baru menjejaki kai ke universiti ini, saya takut saya tidak mempunayai kawan. Walaupun biasa tinggal di asrama tetapi keadaannya amat berbeza di universiti.
Saya amat risau serta bimbang kalau saya tidak mampu untuk menyesuaikan diri saya. Tetapi TUHAN telah memberikan saya empat orang sahabat di universiti ini.
Gambar ini diambil ketika kami membuat persembahan tentang Tarian Borneo semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat kolej. Duduk dari kiri adalah Angela binti Bujang ataupun lebih dikenali sebagai Angel , orang Sarawak dan mengambil kursus Pengurusan Awam, seterusnya ialah Esther Juanililo ataupun Kici yang berasal dari Sabah dan mengambil kursus Pengurusan Bank. Kemudiannya ialah Norazimah a/p Olleh ataupun Emma yang berasal dari Pahang, Doritha anak Thani ataupun kami biasa memanggilnya Dodan yag terakhirnya ialah saya sendiri.
Sekarang semuanya sudah boleh menyesuaikan diri dan apabila kami bercakap semula tentang pengalaman dan cerita pada hari pertama mendaftar, memulakan persahabatan dan segala-galanya tentang kami, kami akan menyatakan kebodohan diri masing-masing.
Secara peribadinya, saya berasa cukup bertuah dan beruntung kerana mempunyai kawan-kawan yang boleh membantu anatara satu sama lain. Harapan saya semoga tali persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat kehidupan kami. ADIOS.
gambar di atas merupakan gambar yang di ambil ketika minggu suaikenal pelajar semester 1 2004/2005 Universiti Utara Malaysia. Banyak input dan pengetahua baru yang saya perolehi dalam tempoh minggu suaikenal ini.
Di universiti Utara Malaysia minggu suaikenalnya berlangsung selama seminggu bagi memberi gambaran awal kepada pelajar baru tentang kehidupan, gaya dan tatacara pembelajaran di universiti.
Walaupun melalui hari-hari yang sungguh meletihkan, langkah pertama ini telah memberi seribu langkah kehidupan yang bermakna. Sesungguhnya kehidupan di universiti sungguh memberi kehidupan yang bererti. Kita tidak hanya belajar untuk mendapatkan ilmu tetapi secara dasarnya, ia memberi pelajaran dan pengajaran dalam kehidupan untuk kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengatur kehidupan masa akan datang.
Friday, February 10, 2006
PAGI DI LANGKAWI
Pagi di Langkawi memberi satu katenangan bagi anda yang ingin merehatkan minda sepenuhnya. Jauh daripada kesesakan dan tntutan kerja yang selama ini menggamit anda, anda punyai banyak ruang untuk merehatkan diri anda sepenuhnya di sini.
Waktu pagi menjanjikan keindahan pantai serta pemandangan yang memberi seribu ketenangan. Anda akan merasa bebas sepenuhnya kerana ruang untuk anda berehat di janjikan sepenuhnya di Langkawi ini.
Alam ciptaan TUHAN seseungguhnya memberi satu kenikmatan serta keasyikan kepada kita. Langkawi adalah salah satu daripada tempat yang mempunyai lagenda dan mitos yang diwakilkan oleh Mahsuri.
Di dalam usaha untuk kita mengejar kejayan serta kemasyhuran ini, kita jangan lupa akan sejarah nenek moyang yang memberi kita keamanan serta kekuasaan yang kita warisi sekarang ini. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang diberikan TUHAN ini.
aKTIVITI PENDUDUK DI LANGKAWI
Masih lagi cerita di Langkawi, saya berkesempatan juga melihat aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para penduduk tempatan yang tinggal di Langkawi.
Aktiviti menangkap ikan, udang dan hasil laut yang lain berlangsung apabila malam menjelang.
Mereka menjelaskan kepada saya kalau aktiviti menangkap hasil laut ini bukanlah untuk tujuan yang komersial tetapi untuk diri senndiri sahaja.
Saya tertarik dengan aktiviti ini dan berharap agar penduduk tempatan memberi ruang dan penyertaan bagi individu yang ingin menyertai aktiviti mereka ini khasnya para pelancong yang datang dari luar negara. rasanya ia dapat mendekatkan lagi kehidupan masyarakat dengan pelancong yang boleh menjadi buah mulut mereka apabila pulang ke negara mereka.
Aktiviti ini tidak dijalankan oleh seorang individu sahaj tetapi melibatkan penglibatan ramai penduduk kampung. Melalui pemerhatian saya, aktiviti yang di jalankan ini tidak hanya meringankan tugas penangkapan hasil laut tetapi boleh menjadi medan untuk penduduk kampung saling bekerjasama dan saling bantu-membantu. Mudahnya ia dapat menggambarkan kepada masyarakat tempatan dan masyarakat luar kalau penduduk Langkawi boleh menjadi mewakili imej negara yang mempunyai kesatuan dan semangat perpaduan yang tinggi.
LANGKAWI TOUR
Semasa lawatan di Langkawi saya berkesempatan mengunjungi Underwater World.
Gambar ini adalah gambar yang di ambil ketika saya berpeluang untuk mencuba pembuatan tangan menggunakan lilin. Tidak mengmbil masa yang panjang, saya sempat menyiapkan dua buah tangan lilin.
Peringkat awal, proses pembuatan tangan lilin ini adalah dengan mencelupkan tangan ke dalam air yang berisi ais. Hal ini demikian kerana ia dapat mengurangkan kesakitan dqan kepanasan sewaktu mencelupkan tangan ke dalam bekas lilin yang cair. Seterusnya, akan terhasillah tangan lilin yang sudah dibentuk dan kemudiannya adalah proses untuk mencantikkan tangan lilin tersebut. Selepas proses mencantikkan tangan lilin tersebut selesai seterusnya adalah proses mewarna. Tidak sampai satu jam siaplah sudah tangan lilin tersebut. Harga bagi satu tangan lilin tersebut adalah RM10.
Walaubagaimanapun, tangan lilin saya tidak bertahan lama. Saya terkilan kerana tangan lilin yang saya beli ini tidak dapat bertahan dengan lama. Lebih kesal lagi, saya tidak berkesempatan menghadiahkan tangan lilin saya kepada kawan saya sebagai hadiah hari lahir buat dia.
Mungkin anda pandai mennjaga sesuatu yang agak rumit ini, jadi anda boleh mencuba membuat tangan lilin ini. Selamat mencuba.
Monday, February 06, 2006
LANGKAWI TOUR
Ini adalah sebahagian daripada rombongan kami yang berkesempatan ke Langkawi pada baru-baru ini. Kami pergi ke Langkawi selama dua hari satu malam dan menginap chaley yang berdekatan dengan pantai di sana.
Walaupun sudah seminggu berlalu tetapi kenangan di Langkawi masih segar di ingatan. Lawatan ke Padang Matsirat, Menaiki kereta kabel dan berpeluang pergi ke Underwater World Langkawi memberikan pulangan ilmu dan pengetahua yang sangat bermakna kepada saya.
Semoga saya berkesempatan sekali lagi melawat Pulau Langkawi yang menjadi kebanggaan tidak hanya kepada saya tetapi juga seluruh rakyat negara ini.
LANGKAWI
Pemandangan ini merupakan pemandangan pada waktu senjadi Langkawi. Saya mengambil gambar ini ketika saya berpeluang melawat Langkawi baru-baru ini.
Jika selama ini saya hanya mendengar kecantikan pemandanga pada waktu senja kini saya berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana keadannya apabila matahari mula terbenam.
Betapa mengagumkan ciptaan TUHAN. Saya berharap saya selalu berpeluang untuk menikmati dan akan terus menikmati kecantikan alam ini sampai akhir hayat saya.